PENGENALAN

Perusahaan Shahid adalah sebuah syarikat yang pada awalnya ditubuhkan untuk membekalkan bahan mentah  kepada kedai-kedai makan setempat yang kemudiannya beralih kepada pembuatan produk makanan. Bermula dengan Pes Rendang dan pes Lemak Cili Padi, syarikat kini mengorak langkah bagi menghasilkan lebih banyak produk makanan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Antara produk-produk yang akan dihasilkan dan dalam proses kajian ialah Pes Asam Pedas, Pes Masak Merah, Pes Beriyani dan Pes Nasi Arab.

Syarikat menjangka dengan strategi pemasaran yang betul akan membolehkan produk-produk ini mampu menembusi pasaran yang luas.

VISI

Menjadi peneraju kepada pembuatan produk makanan yang berkualiti dan digemari ramai di mana sahaja berlandaskan syariah.

MISI

Menghasilkan pes makanan yang bermutu tinggi dan digemari ramai.